Mata...
Penahkah kau melemparkan pandangan sinis,
Hingga membuatkan hati sahabatku terasa...
Lidah...
Adkah engkau tersalah bicara,
Hingga membuatkan hati sahabatku terluka?
Hati...
Betulkah kau berburuk sangka,
Hingga membuat hati sahabatku kecewa?
Tahukah kamu..
Bahawa diantara ramai sahabatku,
Kamu yang paling istimewa...
Tidak pernah terlintas dimindaku untuk menyakitimu,
Apatah lagi untuk melukakanmu..
Lantas mengapa kini kau mula berubah sikap?
Tidak bertegur sapa denganku..
Tidak mahu berbicara denganku..
Tidak mempedulikanku...
Mengapa wahai sahabatku?
Tahukah hatiku merana dengan perbuatan kamu?
Hiba dengan sikapmu...
Janganlah engkau berdiam diri tanda memprotesku...
Terangkanlah tentang salahku..
Moga aku tahu tentang silapku..
Sahabat..
Andai kamu masih dengan sikapmu itu..
Aku redha...
Mungkin salahku besar buatmu..
Namun ketahuilah..
Aku mohon agar pintu hatimu terbuka
Untuk memaafkan dan kembali bergelak tawa denganku seperti masa dulu...

No comments:
Post a Comment