Sahabat..
Hadirmu bagai pelangi
Yang mewarnai hidupku..
Tanpamu,
Aku kesepian
Aku keresahan
Umpama malam yang gelap
Tanpa jaluran cahaya..
Aku takkan pernah tertawa
Aku takkan pernah bahagia
Tanpamu wahai sahabatku..
Suka dan duka
Kita kongsi bersama..
Tangis dan tawa
Kita bersatu rasa..
Jadikan segalanya sebuah ceritera
Yang meronakan dunia kehidupan kita...
Hadirlah wahai sahabat
Temani diriku
Yang sering didakap sepi
Yang sering dipeluk sunyi
Kerana dirimu laksana sinar mentari
Yang setia memancarkan cahaya kini dan selamanya...
Sajak ini aku buat khas untuk seorang sahabat aku...sahabat baikku yang kini tidak lagi bersama aku.. aku sendiri tak tahu ke mana dia menghilang... walau dimana pun dia berada aku harap dia bahagia..aku rindu dia sangat... sajak aku ini salah satu yang tersenarai di dalam buku di atas.. terima kasih kepada cikgu Masri..
No comments:
Post a Comment