Saat aku melelapkan mata..tiba-tiba aku terbayangkan wajah ibu bapaku...dan di saat itu juga secara tiba-tiba air mataku mengalir.. belum sampai sehari aku meninggalkan ibu bapaku tapi aku dah mula merindui mereka.. teringat waktu aku duduk bersama mereka semasa aku di kampung.. aku bersandar pada ayahku..sambil mataku merenung melihat wajah ibuku.. sehingga aku memikirkan "Ya Allah..betapa banyaknya pengorbanan kedua ibu bapaku untukku...mereka telah bersusah payah demi membesarkan dan memberi pelajaran kepadaku"...segalanya demi anak-anak,mereka sanggup berkorban apa saja...terutamanya ibuku...apa saja yang anaknya inginkan pasti dia akan cuba untuk penuhi..cakap saja mahu makan apa,pasti dia akan masakan..dan ayahku pula,cakap saja mahu apa pasti dia akan cuba untuk belikan.. Semua ini membuatkan aku tersedar,telah banyak dosa yang telah aku lakukan kepada ibu bapaku.. memang aku bukan anak yg taat pada ibu bapa.. betpa jahilnya aku sebagai anak..seperti tidak mengenang jasa kedua ibu bapaku... mak,ayah... adik minta maaf kerana telah banyak melakukan kesalahan..adik bukan anak yang solehah untuk mak dan ayah.. adik jarang mendengar kata-kata nasihat mak dan ayah.. demi mak dan ayah..adik janji adik akan cuba untuk jadi anak yang baik.. adik akan cuba untuk jadi anak mak dan ayah yang berjaya..adik akan cuba untuk membuat mak dan ayah bangga dengan adik.. insya'allah... tidak dapat adik bayangkan hidup tanpa mak dan ayah... tanpa mak dan ayah pasti adik takkan hidup didunia ini.. tanpa mak dan ayah pasti tidak akan bermakna hidup ini.. terima kasih atas segala pengorbanan mak dan ayah... adik sayang sangat mak dan ayah...

No comments:

Post a Comment