Mencintai dia tidak semestinya kita dapat memilikinya.. sukakan dia tidak semestinya ingin dapatkannya..mengingati dia tidak semestinya rindukannya.. itulah yg aku rasakan... Ya ! aku suka kan dia.. tapi itu tidak bermakna aku mahukan dia.. Ya ! aku mengaku kadang-kadang aku teringatkan dia.. tapi itu tidak bermakna aku merindui dia..kerana aku sendiri keliru dangan perasaan sendiri.. aku tak tahu apa yang hatiku mahu... Tapi yg pasti aku masih bersedia untuk semua ini ! hatiku belum terbuka untuk menerima rasa itu lagi.. aku tidak mahu hatiku menangis lagi.. luka yg lama masih aku rasai sehingga kini.. tidak mudah untuk aku melupakan segalanya.. kerana yg menanggung segala duka lara,aku ! bukan dia..ataupun kamu... tiada siapa tahu apa yg aku rasa kecuali Yang Maha Esa.. biarlah aku terus begini..aku cukup bahagia dengan hidupku kini..cukuplah dengan kehadiran keluarga dan rakan-rakanku disisi..dan mereka lebih bererti dalam hidupku ini..tidak perlu untuk terburu-buru mencari kekasih hati..kerana bila tiba masanya dia pasti akan hadir sebagai teman hidup yg diberkati..amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment