Assalamualaikum..lame sangat jari ini tak menaip tentang kisah hidup aku..soal pelajaran setakat ini semuanya baik-baik saja..ouh ya, disebabkan keputusan aku yang tidak memberangsangkan aku terpaksa mengulang semula subjek MICRO...so lepas ini aku perlu fokus terhadap pelajaran aku..gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya kan? yang penting berusaha..jangan ulangi lagi kesilapan dulu.. okey,sekarang aku nak kongsi  tentang seseorang..siapa orangnya? kalau dalam 'facebook' akan taip 'capital ?' sebagai ringkasan.. so, seseorang itu adalah capital M. mungkin ada kawan-kawan yang kenal siapa yang aku maksudkan.. tak sangka begitu cepat masa berlalu, dah beberapa bulan aku kawan dengan dia.. masih lagi BERKAWAN okey.. tak lebih..mungkin ada yang keliru tentang perhubungan aku dengan dia..maaf kawan-kawan,penat nak jawab soalan yang sama dan kadang-kadang terpaksa meng 'Ya' kan tanggapan korang yang menyangka dia kekasih aku... tapi, bukan aku saja yang buat macam tu dekat kawan-kawan aku, dia pun buat benda yang sama pada kawan-kawan dia.. dia cakap biarlah apa orang nak fikir tentang hubungan kami, yang penting kami tahu apa hubungan kami yang sebenarnya.. belum masanya untuk kami 'bersama'..banyak lagi benda kami nak fikirkan..ini soal perasaan dan kami ambil serius..lagi-lagi dia yang sangat sibuk dengan projek-projek yang perlu dilakukan tambah-tambah lagi dia sekarang dah dilantik sebagai naib presiden bagi kos dia..tahniah awak..dengan kesibukan dia,jadi dia takut akan mendatangkan apa-apa kesan dekat aku..maksudnya takut aku terabai..dan aku pula mengatakan yang aku tidak kisah kalau untuk kebaikan masing-masing..aku pun masih lagi keliru tentang perasaan aku terhadap dia..bagi aku dia terlalu sempurna sebagai seorang lelaki yang menarik dari pandangan aku..sifat dia yang romantik, 'gentlemen', simple, sifat seorang pendidik..ambil berat dan dia sentiasa ada disaat aku perlukan..walau dia sibuk macam mana pun dia tak pernah lupa tanya khabar aku..dia sangat baik..adakah aku terlalu memuji dia? tapi itulah kenyataannya.. dia SEMPURNA..sedangkan aku terlalu banyak kekurangan..hingga aku selalu fikir aku tidak layak untuk berdamping dengan dia..sangat tidak layak..tapi aku tak sanggup pula nak kehilngan dia yang selama kini menemani hidup aku..macam mana dengan mudahnya kita nak biarkan orang yang sentiasa ada disisi kita pergi macam tu saja? tak  mungkin mudah...walau apa pun biar lah waktu yang menentukan segalanya...aku hanya mampu berdoa agar perhubungan kami akan kekal selamanya..amin..
Assalamualaikum kawan... semalam seseorang mengharapkan adalah hari yang menceriakan untuk saya.. tapi sayangnya semalam adalah hari yang mendatangkan kesedihan..kekecewaan yang teramat sangat! saya rasa saya akan mengecewakan Mak dan Ayah saya...apa alasan yang perlu saya beri dekat Mak dan Ayah? semuanya salah saya! LEMBAP! BODOH! Maaf Mak dan Ayah..Adik tak dapat nak buat yang terbaik untuk Mak dan Ayah...
Assalamualaikum kawan... tak banyak benda nak dikongsikan.. Hanya tentang perasaan.. rindu...sayang.. perlu ke merindui dia yang entah rindukan kita ke tidak.. perlu ke sayangkan dia yang entah sayangkan kita ke tidak.. perlu ke nak ambil berat tentang dia yang entah ambil berat tentang kita ke tidak? Perlu ke fikirkan dia yang entah fikirkan kita ke tidak? *penat tak baca ayat yang sama? Sama ada perlu ke tidak, semua perasaan tu kadang-kadang datang dengan sendirinya.. kita minta ke? tak kot.. walaupun dia hanya kawan saya, tapi saya rindu dia, saya ambil berat pasal dia, kadang-kadang saya fikirkan tentang dia.. dia je yang tak perasan kot.. perlu pulak saya nak bagi tahu dia yang saya rindu dia? takut salah anggap pulak.. SMS, sehari sekali cukup, tanya khabar.. balas @ tak.. jangan fikir negatif.. *dia sibuk kot... terasa hati? *jangan dilayankan sangat perasaan tu.. ehh ! kawan ke lebih dari tu? *kawanlah..